Salam buat semua pengunjung....
Lama betul tak meng'update' blog faridiz ni..
Cuti pertengahan tahun yang lalu 9hb - 12 Jun faridiz berpeluang bercuti di kelantan & terengganu bersama keluarga di Naka... percutian yang sangat best!! kami berkonvoi 5 buat kereta... kereta abah&ummi faridiz, makndak&pak ndak, pak lang&maklang, mak teh& pak teh, mak njang& pak njang seramai lebih kurang 20 orang...
*Berhenti rehat kat Jeti Awam Tasek Banding, Perak
Di kelantan faridiz bermalam di imah mak angkat ummi kat Pasir Mas.. kemudian jalan2 ke umah paklang di pasir tumbuh & ke KB...tp memandangkan cuti sekolah maka Bandar KB sangatlah sesak... so tak ke mana2 sangat pun..
Petangnya 10 jun kami bertolak ke umah mak ndak di Trg... singgah sebentar di Setiu umah kak long (kakak mak lang) & meneruskan perjalanan ke umah mak ndak..malam baru sampai... so tak berjalan mana pun la malam tu..berehat ja..
Esoknya... mak ndak bawa kami jalan2 di beberapa tempat menarik di Trg.. di pagi hari selepas sarapan kami mandi kolam di Hotel Primula, kemudian naik bot ke seberang takir makan kepok lekor, then shopping2 kat pasar payang. balik semula ke umah mak ndak lunch & solat serta rehat.. sesudah asar kami jalang2 lagi ke stadium sultan mizan yang runtuh tu, lapangan terbang sultan mizan, pulau duyong, masjid kristal (TTI), losong beli kepok.
--------------------------------------------------------------------------------------------------
* Hotel Primula, Pantai Batu Burok
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
* Bot nnambang.....
----------------------------------------------------------------------------------------------------
* Pasar Payang
* Stadium Terbuka Sultan Mizan
Malamnya... mak ndak bawa nak g main bowling kat ASTAKA tp semua lane dah dibooking oleh kejohanan sukan IPT.. so jamu mata je la...
Esoknya 12 jun... 8.30 pagi kami pun berangkat pulang dengan selamatnya...